Para Lelaki Bacalah, Sesungguhnya Wanita di Sebelahmu Itu Sangat Luar Biasa



Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya… Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata.

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya.
Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya.

Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear.

Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki.

Wanita itu sayap kiri lelaki.

Wanita berhati lembut dan kuat emosi.

Wanita itu kaum yang lemah.



Sumber: http://www.lihatdulu.info/2015/08/para-lelaki-bacalah-sesungguhnya-wanita.html

0 Response to "Para Lelaki Bacalah, Sesungguhnya Wanita di Sebelahmu Itu Sangat Luar Biasa"

Posting Komentar